Thursday, October 21, 2010

Pelancaran Kempen Bantah Projek Menara 100 Tingkat

Kenyataan Media
21 Oktober 2010
 
Minggu lepas, pengumuman Bajet 2011 oleh Dato’ Seri Najib Razak amat mengecewakan oleh golongan pemuda serta pendapatan rendah. Dalam pimpinan Najib Razak dalam 2 tahun ini tidak membawa perubahan yang ketara kepada golongan berpendapatan rendah tetapi malahan ekonomi negara ke arah tidak menentu.

Salah satu intipati Bajet Najib adalah membina menara 100 tingkat yang bernama Menara Warisan Merdeka. Projek mega yang dicadangkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan menelan kos sebanyak RM5 bilion.

Walaupun Perdana Menteri mempertahankan projek menara 100 tingkat bukan projek membazir, tetapi Malaysia sudah ada Menara Berkembar KLCC dan banyak lagi pencakar langit seperti Dayabumi yang masih mempunyai kekosongan yang tinggi. Banyak projek mega yang dilaksanakan oleh kerajaan akhirnya menjadi projek gajah putih. Rakyat terpaksa menanggung beban atau kerugian yang dialami.

Selain itu, kepadatan Bandaraya Kuala Lumpur yang terlampau tinggi telah menyebabkan pelbagai masalah seperti kesesakan lalulintas, sistem pengangkutan awam yang kurang rapi, perancangan bangunan yang tidak mesra alam sekitar sehingga banjir kilat serta tanah runtuh. Pembinaan Menara 100 tingkat hanya akan menambah kepadatan bandaraya serta merumitkan masalah yang sedia ada.

Peranan PNB adalah menaikan taraf pelaburan dan menjaga kepentingan Bumiputra melalui pengurusan pelaburan portfolio. Pembinaan menara memang bukannya keutamaan PNB malahan hanya menunjukkan kembalinya “Mahathirism” dalam pengurusan ekonomi yang berteraskan mega projek.

Projek mega Menara Warisan Merdeka yang dijangka siap pada tahun 2020 telah mendapat bantahan hebat daripada rakyat jelata. Kerajaan tidak boleh bersikap lepas tangan kepada PNB untuk membuat sebarang projek. Apakah ini adalah rakyat diutamakan?

Walaupun PNB menyatakan bahawa projek Menara 100 tingkat dibiayai dana dalaman sendiri tanpa menyentuh duit pelabur, tetapi apakah RM5 bilion boleh dimanfaatkan untuk kegunaan orang ramai? Apakah manfaat RM5 bilion sekiranya boleh disalurkan kepada sekolah-sekolah? Apakah RM5 bilion boleh diguna untuk menaikkan taraf kesihatan negara kita? Mengapakah kualiti hidup rakyat tidak diutamakan semasa pembangunan dijalankan?

Jika meninjau dalam Laporan Ekonomi 2010/2011, hutang Kerajaan Persekutuan telah meningkat daripada RM362 bilion pada tahun 2009 kepada RM408 bilion pada tahun 2010, ia telah meningkat sebanyak 12.7% setahun. Dalam Bajet 2011, kerajaan juga dilihat gagal menangani isu yang paling besar iaitu masalah defisit perbelanjaan kerajaan.

Dalam keadaan ekonomi negara yang masih lembab, kerajaan Persekutuan bukan sahaja tidak mengurus ekonomi dengan lebih bijaksana, malah telah mengamalkan pengurusan ekonomi pembaziran serta membebankan rakyat jelata khasnya bagi orang muda.

Oleh itu, Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) melancarkan Kempen Bantah Projek Menara 100 tingkat di peringkat nasional untuk mengutip tandatangan daripada rakyat jelata untuk membantah bajet yang membazir.

AMK akan menggerakkan semua anggota untuk turun padang dan mengadakan pelbagai program seperti forum, ceramah dan mengedarkan risalah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap pembaziran Bajet 2011. Program kutipan tandatangan di seluruh Malaysia akan dijalankan oleh pimpinan AMK di cabang-cabang.

Dengan ini, kami dari Angkatan Muda Keadilan Malaysia menyeru Perdana Menteri Najib Tun Razak supaya membatalkan cadangan projek Menara Warisan Merdeka 100 tingkat.

Shamsul Iskandar Mohd Akin

Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia



公青团今日在宣布,将在全国推行“反对100层摩天大楼计划”运动,动员所有公青团区部向百姓展开醒觉及收集10万个签名,以突出该计划是一项挥霍金钱的举动。


公青团团长三苏指出,全国公青团成员将在全国各地展开讲座、论坛及分发传单等各种活动,区部也将进行签名运动,以盼在11月杪集齐10万个签名,提升人民对这项被指浪费金钱的计划的醒觉意识。

他今日在国会与社青团团长陆兆福及公青团宣传主任李凯伦今日在国会举行记者会,宣布反摩天楼运动开跑。,

他非议首相纳吉及国民投资机构声称不会动摇公帑,建筑这项耗费50亿令吉的摩天楼计划的说法。

三苏非议政府不能因为人民强烈反对这项计划,便将这个烫手山芋交给国民投资机构,摆出一副事不关己的姿态,“难道这就是所谓的‘以民为本’?”

国民投资机构首席执行员哈玛卡玛昨日宣布,该机构将通过内部资金、银行借贷及市场融资等金钱来源筹建50亿令吉的“独立遗产”。

三苏质疑,虽然国民投资机构声称能自行筹建“独立遗产”,但这50亿令吉是否能造福人群?

“如果这50亿令吉能被用在学校、提升国家健康水平,效果又会如何呢?为什么当兴建工程正在进行的当儿,却不重视人民的生活水平?”

他指出,国民投资机构的责任是提升投资水平及照顾土著福利,因此兴建100层的摩天大楼并不是该机构的首要任务。反之,兴建摩天楼计划,只显示主张透过大型工程推动经济的“马哈迪主义”的回流。

“如果详看2010/2011经济报告,中央政府的欠债已经从2009年的3620亿令吉提升至2010年的4080亿令吉,一年之内提升了12.7%。在2011年财政预算案中,政府也无法解决最大的问题,即政府开销赤字。”

No comments:

Post a Comment