Saturday, November 27, 2010

Penyata Rasmi Keputusan Penjumlahan Undi Pemilihan MP AMK

Ketua AMK
Sam 三苏 - 5138
Chegubard - 4193



Timb Ketua AMK

Jonah 凯鲁安华 - 4999,
Chang Lih Kang 鄭立慷 - 4026



Naib Ketua AMK

阿米尼占(Azmizam Zaman Nuri)- 4752
尔维娜(Erveana Ansari Ali)- 3501
曾敏凯 Chan Ming Kai - 3501

--------------------------------------------------

V.Sivam - 2518
Yunus Jamhari - 2101
Nicholas - 1806
Lee Khai Loon - 1700
Kesavan - 1568
Nazree - 1031
Farhash - 815
Rozan - 576



Exco AMK

阿都拉曼(Abdul Rahman Abdul Hackeem)- 4054
娜达西雅(Natassia Sarah)- 3881
祖海达(Zulhaidah Suboh)- 3838
查菲里(Zafril Mohd Eusoff)- 3733
莫哈末阿兹汉(Mohammad Azihan Che Seman)- 3558
阿兹曼(Azman Yusof)- 3541
林秀凌 Ginie Lim - 3441
珊吉达(Sangetha Jayakumar)- 3417
莫哈末纳兹米(Muhammad Najmi Samsudin)- 3386
杰菲里(Jefery Jamion)- 3030
阿兹万(Azwan Ramli)- 3005
拉占(Rajan Rajan Naidu)- 2997
法汉(Farhan Ibrahim)- 2984
莫哈末查曼(Md Zaman Md Tasi)- 2754
沙齐达纳丹(Sachithananthan Krishnan)- 2726
王敬文(Ong Chin Wen)- 2711
莫哈末纳兹里(Mohd Nazri Ismail)- 2703
南兰(Ramlan Roes)- 2703
韩沙(Hamsah Djabir)- 2558
黄诗情 Ng Shy Ching - 2451

Monday, November 1, 2010

BATALKAN PENGUNDIAN DI CABANG REMBAU.. PENGUNDI HANTU DITANGKAP...



*dipetik dari Facebook sdr Syed Shah Syed Osman

Wawancara YB Chan Ming Kai oleh NTV7 berkenaan Pemilihan 2010 di Cabang Sg.Siput

Kenyataan Akhbar berkenaan Shamsul iskandar melawat pusat perkhidmatan ADUN Simpang pulai

AMPANG BARU – Sempena dengan Pemilihan Parti KEADILAN Rakyat 2010, Angkatan Muda KEADILAN Cabang Gopeng telah melancarkan satu blog rasmi bagi Pasukan REFORMASI 3.0.

Shamsul Iskandar Mohd Akin,36 yang merupakan penyandang bagi jawatan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat telah melawat Pusat Khidmat Masyarakat Kawasan Ampang Baru serentak dengan majlis pelancaran trsebut.

Turut hadir pada majlis tersebut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Pulai, Chan Ming Kai.

Pasukan Angkatan Muda KEADILAN REFORMASI 3.0 dipimpin oleh calon Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia Shamsul Iskandar dan dibantu oleh calon Timbalan Ketua AMK Khairul Anwar (Jonah), 33.

Pasukan Reformasi 3.0 menggariskan 3 asas perjuangan iaitu

1.0 Memperkasakan organisasi dan pengurusan Angkatan Muda KEADILAN
2.0 Penggemblengan tenaga dan jaringan genarasi muda
3.0 Membentuk semula citra Malaysia berpaksikan nilai

Calon-calon Naib Ketua AMK pula termasuk Azmizam Zaman Huri, 37 dan Chan Ming Kai sendiri,. Ming Kai, 30 pada masa kini adalah Timbalan Ketua AMK Perak.

Selepas majlis pelanjaran tersebut, Shamsul Iskandar menyeru ahli-ahli AMK agar menyokong calon-calon dari Pasukan REFORMASI 3.0, supaya perjuangan yang berasaskan menifesto dapat dilaksanakan.

Maklumat lanjut dan informasi terkini boleh dilayari di blog rasmi REFORMASI 3.0 yang beralamat  http://reformasi3.blogspot.com/

由公正党青年团团长候选人三苏伊士干达带领的“烈火莫息3.0”公正党青年团竞选团队,今日拜访莅临怡保安邦新村的新邦波赖州议员曾敏凯社区服务中心,同时对外推介“烈火莫息3.0”的正式部落格。

皆属“烈火莫息3.0”公正党青年团竞选团队的公正党青年团署理团长候选人凯鲁安华,公正党青年团副团长候选人曾敏凯以及阿兹米赞都有一起参与此项节目。

在推介礼结束后,三苏伊士干达向大家介绍“烈火莫息3.0”公正党青年团竞选团队的竞选宣言。根据三苏,其竞选团队被命名为“烈火莫息3.0”,因认为公正党斗争阶段已来到第三阶段,即第一斗争阶段为1998年安华被逮捕时期,第二斗争阶段为2004年安华被释放期间,而当今已来到2008年政治海啸后的第三斗争阶段。

三苏也指出来到第三斗争阶段的公正党,尤其是青年团,其斗争重点应该是像其团队的竞选宣言般,即巩固其党组织内部操作,以便能吸引更多国民尤其是年轻国民参与及支持,推翻任何形式的种族政治,提高国民对安华被不公对待的认知,最后能领导国民迈向布城的新希望。

三苏也表示希望大家都能支持其团队的竞选议程,因假设以上议程在大家的支持下能很好的执行,不但能为党带来好处,甚至能为社会改革带来正面影响。借此三苏也希望通过网址为http://reformasi3.blogspot.com/的其团队部落格了解其团队动向及资讯,以便能更了解其团队的斗争。

公正党青年团副团长候选人曾敏凯表示非常开心,因“烈火莫息3.0”公正党青年团竞选团队队员能大老远从各地抽空过来拜访其服务中心,以了解平时在该区的公正党的政治活动,并增进该团队队员之间的互相了解。

此项节目也得到当地公正党领导人的热烈参与,当中包括公正党务边区署理主席梅格,公正党务边区青年团团长查菲尔,公正党务边区青年团署理团长林汉权等人。

Gambar: Pasukan Angkatan Muda KEADILAN REFORMASI 3.0 bergambar dihadapan Pusat Khidmat Masyarakat Kawasan Ampang Baru selepas perasmian blog rasmi bagi Pasukan REFORMASI 3.0.


Friday, October 29, 2010

Muafakat AMK melalui Futsal

Posted on Oktober 21, 2010 by Shamsul Iskandar


SAYA gembira dengan penyertaan lebih 32 pasukan dalam pertandingan futsal terbuka anjuran Team Reformasi 3.0 di Kota Damansara malam tadi.

Dalam suasana berkempen, samaada di dua pilihanraya kecil dan pemilihan parti, acara futsal ini dilihat sebagai satu tali persahabatan yang diikat ketat diantara kita – anggota AMK.

Ketika memberi ucapan ringkas malam tadi, saya mengambil contoh bagaimana Presiden Afrika Selatan, Nelson Mendela menjadikan sukan ragbi sebagai lambang penyatuan dan muafakat pelbagai bangsa seperti yang kita dapat tonton melalui filem Invictus.

Dapat dilihat semangat muafakat sepasukan rakan-rakan dari Gombak, Wangsa Maju, Sungai Besar, Klang, Ampang, Kapar, Pahang dan banyak lagi, walau hadiahnya berupa hamper – mereka berjuang habis-habisan untuk merangkul kejuaraan.

Juga terima kasih kepada Exco Kerajaan Negeri merangkap Adun Bukit Lanjan – Elizabeth Wong, Pengerusi Tetap AMK – Hj Yahya Saari dan Bekas Pengurus Pasukan Selangor Zakaria Rahim yang meluangkan masa bersama kami.

Walau pasukan saya kalah kerana kesilapan penjaga gawang, namun saya masih boleh tersenyum dengan kemenangan MU yang mengalahkan Bursaspor 1-0 !

Manifesto : REFORMASI 3.0


Tahun 1998 menjadi batu tanda utama dalam sejarah Malaysia  dengan tercetusnya gelombang Reformasi. Gerakan pembaharuan ini adalah usaha besar melakar semula dan membentuk kembali jiwa dan citra Malaysia yang suram dan celaru akibat penyelewengan dan korupsi yang berleluasa.

Kita mempunyai cita-cita besar agar nilai menjadi paksi negara kita, menjadi pegangan rakyat. Kerana itu kita berjuang dan terus berjuang. Kerana itu kita telah dan terus sedia berkorban. Kita komited untuk
menyelamatkan negara ini daripada rosak akibat tangan pemerintah yang rakus terhadap kuasa dan harta tetapi mengesampingkan hak dan kepentingan rakyat.

Kita percaya negara ini yang pernah menjadi tapak tamadun besar dunia dan pusat ekonomi utama akan mampu kembali memimpin rantau ini dan menjadi ikutan dunia dengan kembali berpegang kepada nilai-
nilai keadilan dan keterbukaan.

Fasa pertama Reformasi ditandai dengan kebangkitan berani rakyat Malaysia menuntut keadilan dan menentang kezaliman. Anak muda sejak hari pertama Reformasi memainkan peranan berkesan memimpin
dan meniup semarak semangat rakyat Malaysia. Perjuangan menuntut keadilan untuk Anwar adalah simbol tuntutan rakyat agar keadilan ditegakkan secara tuntas dan mahkamah dibebaskan daripada kawalan pemerintah. Dengan itu setiap rakyat akan berpeluang mendapat keadilan dan pembelaan selayaknya.

Pembebasan Anwar Ibrahim pada tahun 2004 membuka fasa kedua Reformasi. Ia telah menyemarakkan lagi iltizam anak muda untuk menggembling tenaga memperkasakan parti dan membina kesedaran rakyat. Tatkala ramai ragu-ragu untuk berhadapan dengan Pilihanraya Umum pada tahun 2008, khususnya selepas berlaku pengkhianatan dan pembelotan beberapa pemimpin, Angkatan Muda Keadilan menjadi pasak keyakinan apabila pada Kongres 2007 mengangkat tema “Daripada Harapan Kepada Kemenangan”. Meski ada yang berpandangan sinis bahawa kita sekadar menaruh harapan dan bermimpi di siang hari, ternyata kita menzahirkan kemahuan dan keyakinan rakyat yang memberikan pukulan paling hebat dalam sejarah terhadap penguasaan Barisan Nasional.

Kemenangan di lima negeri dan kejayaan menafikan majoriti dua pertiga BN di Dewan Rakyat dalam pilihanraya 2008 menjadi titik mula Reformasi 3.0 atau fasa ketiga perjuangan ini. Rakyat memberikan kesempatan untuk kita melaksanakan segala wawasan yang kita juarai selama ini di negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat. Angkatan Muda Keadilan secara konsisten menjadi rakan dalam pembangunan dengan memberikan peringatan dan mengemukakan pandangan agar segala janji kita dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh dan sebaiknya demi memenuhi amanah dan harapan rakyat.

Kini kita tiba di persimpangan besar Reformasi 3.0 iaitu Pemilihan Keadilan 2010. Ini adalah landasan bertolak dalam perjalanan kita membebaskan Malaysia daripada BN. Kebijaksanaan anggota untuk memilih pemimpin yang paling sesuai untuk memimpin Parti Keadilan Rakyat, khususnya Angkatan Muda Keadilan yang menjadi barisan hadapan dan benteng pertama perjuangan, akan menjadi penentu masa depan Reformasi. Keputusan bijak memilih pemimpin yang komited dan berkebolehan akan menjadi tanjakan yang melonjakkan perjuangan kita membebaskan Malaysia daripada BN.

Kita memerlukan keberanian dan hikmah kebijaksanaan untuk berjaya. Keberanian tanpa hikmah adalah tolol dan kebijaksanaan tanpa keberanian tanda pengecut. Kita tawarkan kepada anggota keseimbangan
antara keduanya. Kita bersedia dengan komitmen dan kesungguhan untuk melakukan yang terbaik.

Kita kemukakan tiga garis besar yang akan memandu Angkatan Muda Keadilan Malaysia dalam usaha menjayakan Reformasi 3.0:


1.0 Memperkasakan organisasi dan pengurusan Angkatan  Muda Keadilan

Demi memastikan kita mampu memimpin harapan rakyat dan mengemudi perubahan, organisasi Angkatan Muda Keadilan perlu mantap dan teguh. Tahun-tahun 2006 sehingga 2008 telah kita habiskan untuk membina semula organisasi yang runtuh akibat pembelotan. Ternyata kita berjaya mengecewakan para pengkhianat yang mahu melihat Angkatan Muda Keadilan terkubur. Berkat kesabaran dan kerjasama semua kita menjadi lebih mantap. Tahun-tahun 2008-2010 menyaksikan gerakan membina jaringan yang pesat. Tumpuan telah kita berikan kepada negeri-negeri yang masih belum dibebaskan daripada BN.

Kita memerlukan mandat anggota untuk penggal 2010-2013 bagi memastikan usaha pemerkasaan Angkatan Muda Keadilan dapat diperhebat dan diperluaskan, khususnya di negeri-negeri barisan hadapan baru –Sabah dan Sarawak.

i. Pemerkasaan Sekretariat Pusat

Sekretariat Pusat akan diperkemaskan dengan penambahan tenaga kerja sepenuh masa dan pelaksanaan skim gaji yang lebih memuaskan. Sekretariat ini akan memainkan peranan yang lebih utama dengan menyediakan bimbingan dan khidmat sokongan bagi memperkemaskan Angkatan Muda Keadilan di seluruh negara dan di setiap peringkat. Biro-biro juga akan dicergaskan untuk memastikan kita siap siaga sebagai kerajaan menanti. Satu skim perantis yang memberi peluang kepada anggota-anggota untuk menyumbangkan tenaga akan diwujudkan.

ii. Melaksanakan Skema Latihan Angkatan Muda.

Skema Latihan Angkatan Muda (SLAM) akan diperkenalkan untuk semua anggota baru. Para anggota yang berhasrat memegang jawatan kepemimpinan harus mengikuti latihan modul khas kepemimpinan. Kita mahukan anggota dan pemimpin yang berkualiti bagi mengharungi cabaran memimpin rakyat.

iii. Skuad Angkatan Muda sebagai jentera tetap AMK.

Skuad Angkatan Muda akan dijadikan struktur jentera AMK secara tetap. Kita akan melatih anggota-anggota yang bersedia untuk digerakkan dengan pantas apabila keadaan memerlukan. Kehadiran kita di kancah masyarakat akan dirasai khususnya di kempen pilihanraya. Peranan skuad juga akan diperkemaskan untuk memberi bantuan khidmat masyarakat.

iv. Menyediakan sokongan ekonomi kepada anggota.

Pemimpin dan anggota kita yang mempunyai pengalaman dan kepakaran di dalam bidang perniagaan dan kewangan akan digembling untuk membantu ekonomi anggota. Penubuhan One Stop Centre (OSC) akan berperanan untuk memberikan khidmat nasihat dan sokongan kepada anggota-anggota yang berhasrat menjalankan perniagaan. OSC ini juga akan berperanan mempadankan anggota yang mempunyai idea perniagaan berdaya maju dengan sumber modal dan dana.


2.0 Penggemblengan tenaga dan jaringan generasi muda

i. Membentuk kerjasama pintar dengan organisasi swadaya masyarakat.

Jaringan anak muda akan diperluaskan bukan sahaja di kalangan mereka yang mempunyai kecenderungan kepada penglibatan aktif dalam politik. Kita perlu membina kesedaran di kalangan seluruh generasi muda Malaysia mengenai peranan yang mampu dimainkan mereka bagi menzahirkan masa depan Malaysia yang lebih baik. Kita akan bekerjasama dengan organisasi belia, mahasiswa dan sebagainya

ii. Memperkemaskan Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat.

Kita akan memainkan peranan utama untuk memastikan Sekretariat ini benar-benar mampu mewakili dan mengangkat suara dan harapan anak muda Malaysia.

iii. Mencergaskan usaha pendaftaran pengundi baru.

Usaha mendaftarkan lebih ramai pengundi khususnya generasi muda akan menjadi satu misi utama dalam penggemblengan tenaga generasi muda menzahirkan Harapan Baru untuk Malaysia.


3.0 Membentuk semula citra Malaysia berpaksikan nilai

i. Menolak secara total amalan perkauman.

Sebagai manusia beragama, kita beriman bahawa kemajmukan bangsa, kerencaman budaya dan kepelbagaian bahasa adalah dicipta oleh Tuhan yang satu. Kerana itu kita menolak secara total sikap perkauman. Kita mesti bersikap adil dan berkongsi kekayaan negara ini untuk dinikmati oleh semua dan setiap rakyat.

ii. Memperkasakan usaha membebaskan sistem kehakiman daripada cengkaman penguasa.

Perjuangan keadilan untuk Anwar adalah usaha membebaskan sistem kehakiman daripada cengkaman penguasa. Sebelum ini rakyat menerima sahaja dengan pasrah keputusan mahkamah. Tetapi kes Anwar Ibrahim telah membuka mata rakyat dan membina keberanian rakyat untuk mempersoalkan keputusan-
keputusan yang bertentangan dengan akal budi (common sense).

iii. Menggiatkan usaha membina kesedaran hak rakyat.

Pemerintah kini semakin sedar bahawa mereka tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya. Rakyat semakin kritikal dan bersedia ke hadapan menuntut dan mempertahankan hak mereka. Ini sebahagiannya adalah hasil gerakan Reformasi memerdekakan minda rakyat. Namun usaha ini masih perlu diteruskan dengan lebih giat agar Malaysia benar-benar merdeka.



Fasa seterusnya adalah untuk kita melaksanakan islah, melaksanakan perubahan yang lebih besar. Kita mahu merobah negara ini agar kembali kepada jati diri yang luhur. Cukup sudah kerosakan yang dilakukan Barisan Nasional!
Ayuh anak muda! Bersama laksanakan tanggungjawab kita. Mari kita sempurnakan amanah rakyat.

Masanya telah tiba. Bersatulah untuk Reformasi!


逆流而上,带领希望


公正党斗争阶段已来到第三阶段,即第一斗争阶段为1998年安华被逮捕时期,人民开始勇敢站起来反对不公的事情;第二斗争阶段为2004年安华被释放后,公青团被当时的领导人背叛遗弃,使到当时的年轻领袖费神费力的组织青年团,当时也即将面临2008年全国大选的考验。而当今已来到2008年政治海啸后的第三斗争阶段。以下为三大指南能落实烈火莫息3.0

1.0 巩固公正党青年团的组织操作及管理

i.  巩固中央秘书处的操作

ii. 进行系统性培训青年团计划

iii.公青部队为公青团固定单位

iv. 提供团员经济支助


2.0 组织及动员年轻人的网络及人力资源

i.  与各种类的社团组织合作

ii. 使民联青年团秘书处更系统化

iii.更活跃的注册新选民


3.0 重新塑造有原则的马来西亚形象

i.  反对任何形式的种族主义

ii. 争取独立的司法机构

iii.普及人民对自己的权利的醒觉