Friday, October 29, 2010

Muafakat AMK melalui Futsal

Posted on Oktober 21, 2010 by Shamsul Iskandar


SAYA gembira dengan penyertaan lebih 32 pasukan dalam pertandingan futsal terbuka anjuran Team Reformasi 3.0 di Kota Damansara malam tadi.

Dalam suasana berkempen, samaada di dua pilihanraya kecil dan pemilihan parti, acara futsal ini dilihat sebagai satu tali persahabatan yang diikat ketat diantara kita – anggota AMK.

Ketika memberi ucapan ringkas malam tadi, saya mengambil contoh bagaimana Presiden Afrika Selatan, Nelson Mendela menjadikan sukan ragbi sebagai lambang penyatuan dan muafakat pelbagai bangsa seperti yang kita dapat tonton melalui filem Invictus.

Dapat dilihat semangat muafakat sepasukan rakan-rakan dari Gombak, Wangsa Maju, Sungai Besar, Klang, Ampang, Kapar, Pahang dan banyak lagi, walau hadiahnya berupa hamper – mereka berjuang habis-habisan untuk merangkul kejuaraan.

Juga terima kasih kepada Exco Kerajaan Negeri merangkap Adun Bukit Lanjan – Elizabeth Wong, Pengerusi Tetap AMK – Hj Yahya Saari dan Bekas Pengurus Pasukan Selangor Zakaria Rahim yang meluangkan masa bersama kami.

Walau pasukan saya kalah kerana kesilapan penjaga gawang, namun saya masih boleh tersenyum dengan kemenangan MU yang mengalahkan Bursaspor 1-0 !

No comments:

Post a Comment